Tomato oh! Tomato.
Dahulu masa
zaman-zaman sekolah memang suka buat tomato ni kudap-kudapan. Kalau yang hijau
sedapnya dicicah garam. Tapi kalau
tomato masak ranum, cara nikmatinya lain pula. Potong nipis-nipis, tabur gula,
simpan sekejap dalam peti sejuk, baru makan lepas tu…Ah! Nikmat sungguh.
Tomato ni
buah ya, tetapi kebanyakan kita menghidangkannya sebagai sayur, oleh sebab itu
ramai menganggap tomato adalah sayur-sayuran.
Tahukah anda? Sebelum tahun 1900an tomato dianggap sebagai tumbuhan beracun kerana tomato adalah daripada family Solanaceae yang kebanyakannya beracun. Sehinggalah makanan Mexico yang banyak menggunakan tomato terkenal di US barulah tomato ini banyak digunakan dalam makanan
Tahukah anda? Sebelum tahun 1900an tomato dianggap sebagai tumbuhan beracun kerana tomato adalah daripada family Solanaceae yang kebanyakannya beracun. Sehinggalah makanan Mexico yang banyak menggunakan tomato terkenal di US barulah tomato ini banyak digunakan dalam makanan
Tomato ni banyak khasiatnya pada
kulit. Prekdiksi cuaca 2016 meramalkan
suhu panas lebih 20-30% berbanding 2015.
Eloklah makan banyak-banyak tomato sebab selain jusnya yang boleh
menyejukkan badan, kandungan lycopene dalam tomato
juga dapat membantu dalam pemulihan kulit. Sebuah kajian membuktikan bahawa
dengan memakan tomato berterusan selama 3 bulan dapat mengurangkan kerosakan
kulit akibat sinaran radiasi matahari sebanyak 30%. Wah! Kakak suka,
kakak suka.
Okaylah, ini kakak nak belanja satu resepi Kerabu Tomato.
Resepi pemecah liur, sedap kalau nikmati bersama ikan goreng atau ikan
panggang.
Bahan-bahan:
4 biji tomato muda
(potong nipis)
2 batang serai( diracik halus)
5 biji cili padi( diracik halus)
1 biji cili merah( diracik halus)
1 labu bawang besar( diracik halus)
1 biji limau nipis
(buang kulit dan ambil isinya sahaja)
2 camb. Udang kering
(goreng minyak sedikit)
Bahan Sos: (bancuh)
3 camb. sos ikan
1 camt. Gula kabung
Sedikit garam
Cara:
Gaulkan semua
bahan. Sedia untuk dinikmati. Mudahkan.
Bahan-bahan yang telah siap diracik
Kerabu Tomato