Posting kakak
sebelum ini ada sebut mengenai “signature dish” kan. Teringat pulak kakak dengan sekolah terakhir
di Perlis sebelum balik ke Kedah ni. Pengetua Kakak tu suka benar dia dengan
Pastri Danish. Tiap kali ada majlis atau
kunjungan penanda aras, mesti beliau minta disediakan pastry itu.
“Cikgu buat
kuih yang ada jem kat tengah, bentuk bunga tu.
Saya suka betul. Saya nak orang kenal itu kuih Tengku Suleiman”.
Masih ingat kakak
dengan permintaan ini. Permintaan yang
sukar ditolak, kerana beliau memang betul-betul suka pastri ini.
Sudah empat buah sekolah kakak bertugas, inilah satu satunya pengetua
yang meminta untuk ‘tapau’ pastry Danish selepas kali pertama merasanya dalam
satu majlis di sekolah. Nak balik
tunjuk pada isteri di rumah katanya. Ah! Sungguh kakak terharu pada masa itu.
Pastri Danish
ni memang agak banyak langkah penyediaannya, tapi boleh sediakan dalam kuantiti
yang banyak dan dibekukan. Pastri Danish
dingin beku pun dah ada di pasaran sekarang ini. Cuma perlu bentuk, letak isian,
sapu telur dan bakar.
Walaupun dah
ada di pasaran, kakak lebih suka buat sendiri.
Bahan-bahan:
100 gm mentega pastri
11 g yis
2 sudu gula
100 ml susu segar
(suamkan)
1 sudu teh vanilla
1 telur
350g tepung serbaguna
Cara :
1. Satukan susu, gula dan yis dalam bekas dan biarkan 10 minit.
2.
Dalam bekas lain
satukan semua bahan kering. Gaul rata dan buat lubang di tengah-tengah.
Masukkan bancuhan susu, vanilla dan telur di tengah.
3.
Perlahan-lahan
sebatikan adunan dan uli hingga menjadi doh lembut. Rehatkan adunan
selama 30 minit.
4.
Letakkan mentega
seperti ilustrasi di bawah dan ikuti langkah melipat dan mencanai (Book
Fold Step)
(ilustrasi asal dari nota belajar dahulu)
5.
Bentukkan dan letakkan
isian di tengah (Jem, kastad, krim segar, buah-buahan seperi peach, nenas dan strawberi
) dan sapukan telur.
6.
Bakar pada suhu 200°C
selama 10 minit ( ini saiz kecil)
7.
Angkat dan keluarkan
dari dulang, sejukkan di atas redai.
8. Sedia untuk dihidangkan
No comments:
Post a Comment