Makmal Dapur

Pengalaman berekperimentasi dengan bahan masakan dalam dapur semasa zaman kanak-kanak adalah kerangka kepada rekabentuk 'Makmal Dapur' saya. Pada tahun 2007 saya mengubahsuai dapur rumah agar mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk menganjurkan kelas/bengkel memasak memenuhi keperluan 10 - 12 peserta. 

Mengapa saya katakan dapur adalah makmal?  Kerana pengalaman memasak dapat membina pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja dalam bidang masakan tetapi juga sains, matematik, bahasa dan komunikasi.  Apabila memasak, kita berpeluang melihat perubahan kepada bahan-bahan makanan.  Antaranya perubahan suhu(panas-sejuk), terapung, tenggelam, membubar, bergaul, lebur dan beku.  Kita juga dapat meningkatkan kemahiran kuantitatif seperti mengira, menyukat mencongak dan menaakul.  Perbendaharaan kata kita akan bertambah dan diperkaya melalui istilah-istilah dalam kaedah memasak yang boleh didapati melalui resepi, contohnya goreng tohor(saute), perap(marinate), celur(blanching) dan banyak lagi. 

Melalui Makmal Dapur ini saya menjalankan akiviti dan latihan kulinari seperti membuat roti, kek, pastri, masakan timur, masakan barat, masakan fusion, pencuci mulut, kuih tempatan dan pemprosesan serta pengawetan makanan.

Jika anda berminat berbengkel di Makmal Dapur saya, pastikan tidak terlepas mengikuti jadual kulineri yang telahpun disediakan. 

Terima kasih.
Wassalam.

Adawiyah Hassan
Email: ananuqman@gmail.com
F/b : m.facebook.com/adawiyah.hassan.7
Insta : instagram.com/aulianuim
Tel: 0124497925 ( sms/whatsapp sahaja)








No comments:

Post a Comment