Sepiring bunga ros buatmu Encik Suami.
Encik suami agak teruja
pagi ini melihat kuih yang dihidangkan dihadapannya, sambil bertanya.
“ Kuih apa ni? Ada sambutan istimewa ke?”.
“Saja”, jawabku sepatah
sambil menuang air kopi ke cawannya
Diambilnya sebiji dan
mengunyahnya perlahan.
“ Sedap, ada rasa coklat
nyioq”,
ulasnya tanpa dipinta
Sedar tak sedar dah
habis tiga biji kuih tadi dijamah. Riak
mukanya seolah-olah mekar bak bunga, sambil gigit kuih sambil tersenyum. Kakak tak pasti bahagianya Encik Suami ini
makan kuih yang enak atau hanya lakonan untuk membahagiakan si isterinya yang
julung-julung memasak kuih di pagi hari.
“ Itu kuih ketayap versi
baru”. Jawab kakak sambil menarik kerusi untuk duduk di sebelahnya.
“Kalau macam ni abang
boleh saja makan, tak apa walaupun nama ketayap”, sambil tangannya mencapai sebiji kuih lagi.
Aah! Dalam hati kakak ada
taman.
Kuih ketayap tadi kita boleh ibaratkan perkara
yang kita tidak suka. Ia terbentuk hasil daripada ‘kepercayaan’ kita terhadap
perkara itu. Biasanya ia dicorakkan oleh
pengalaman lalu. Tetapi jika kita
memberi makna dan imej baru kepada perkara itu, minda kita akan lebih mudah
menerima dan menaakulnya sebagai sesuatu perkara yang menyenangkan bertentangan
dengan kepercayaan lama.
Jadi, apa tunggu lagi. Marilah
sama-sama masakkan kuih ketayap ini buat yang tersayang di rumah. Chewah!
(semasa menulis ini pun masih lagi tersenyum)
Bahan-bahan:
Kulit (bater)
120g tepung gandum
1 biji telur
¼ camt. Garam
250 cecair
Sedikit pewarna merah dan hijau
Inti
½ cawan kelapa parut
2 camb. Gula pasir
¼ cawan sirap coklat Hershey’s
Sedikit serbuk kulit kayu manis
1camb tepung gandum
Sedikit minyak untuk menggoreng
Cara:
Penyediaan inti
1.
Masak kelapa bersama sirap coklat dan masukkan gula serta serbuk
kulit kayu manis.
2.
Bancuh tepung gandum dengan sedikit ait dan tuang ke dalam kelapa
tadi dan masak hingga pekat
Penyediaan Bater
1.
Campurkan semua cecair telur dan garam. Ketepikan.
2.
Ayak tepung dan buat lubang di tengah. Masukkan cecair sedikit
demi sedikit dan kacau sehingga sebati.
3.
Ambil bater ½ cawan dan warnakan hijau. Masukkan selebihnya ke
dalam jug, warnakan merah dan biarkan selama
½ jam
Penyediaan kuih
1.
Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan tuangkan 1 senduk bater. Ratakan
2.
Biarkan sehingga masak, angkat dan terbalikkan.
3.
Ulangi proses sehingga bater habis.
4.
Untuk memasukkan inti boleh ikuti ilustrasi di bawah
5. Guna bater hijau untuk dilipat dan dijadikan daunnya
( Imej daripada pinterest, tak ingat untuk mengambil gambar semasa proses ini )
Selamat Mencuba
So sweet! Comel gitu. Dan kreatif kak wie!
ReplyDelete