Musim durian
hampir tiba lagi. Tak sabar rasanya nak
buat Durian’s Éclair. Bagi yang belum pernah merasainya, jangan
lupa untuk mencuba resepi ini nanti.
Bersalut
coklat di luar , lembut dan kaya dengan krim durian yang harum di dalam. Pasti menjadi kegemaran pengemar-pengemar
durian.
Masih ingat
lagi kali pertama kakak menyediakan Durian’s Éclair ni. Ada yang pelik sebab durian dan Éclair,
mungkinkah menyatu? Tapi bila dah rasa,
wah! Tak menang tangan Kak Wie menyiapkan tempahan pada masa tu(aksi
kenyit mata).
Cabaran untuk
menyediakan Durian’s Éclair ini ialah
bagaimana mahu mengekalkan kualiti rasa durian. Bereksperimen juga lah dengan
durian ini. Masa mula-mula buat, ada beberapa kali isi durian tu jadi masam. Akhirnya dapat jawapan bagaimana mahu
mengekalkan rasa asli durian agar tahan
lama dan tidak akan masam.
Isi durian
perlu dimasak sekejap dan sejukkan.
Pukul bersama-sama krim putar dan masukkan dalam bekas kedap udara. Jika
di simpan dalam ruangan dingin peti sejuk, boleh bertahan seminggu dan sebulan
jika di ruangan sejuk beku.
Bahan-Bahan:
Pastri Choux
125ml air
60g mentega
2 biji telur (gred:A)
75g tepung gandum
Secubit garam
Krim
Durian (putar sehingga kental)
½ cawan
isi durian yang telah dimasak sedikit
1 cawan
krim putar(non-dairy)
Cara:
1. Panaskan ketuhar 200 ºC.
1. Panaskan ketuhar 200 ºC.
2. Masukkan air,
garam dan mentega ke dalam periuk dan didihkan.
3. Masukkan tepung dan kacau sehingga menjadi ketulan yang
tidak melekat pada
dinding periuk.
4. Tutup api dan alihkan kepada mangkuk adunan untuk
disejukkan.
5. Setelah sejuk, masukkan telur sebiji-sebiji dan pukul
sehingga adunan menjadi bater
yang licin dan
berkilat.
6. Paipkan sepanjang 2” dengan jarak 2cm antara satu sama
lain
7. Bakar selama 15 minit.
Sejukkan. (nota: simpan bekas bertutup di dalam ruangan
dingin beku-boleh
tahan selama 1 bulan )
8. Isikan krim dan boleh celup coklat cair atau taburkan
gula ising dan hidangkan.
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment