Saturday, 23 January 2016
JEMPUT-JEMPUT PISANG ALIAS COKODOK
Cokodok sahaja ke kakak?
Ya!, ramai beranggapan resepi ini mudah disediakan. Tapi tahukah kalian semua, resepi inilah KPI orang zaman dahulu untuk menentukan bakal menantu mereka menguasai kemahiran memasak atau tidak.
Jika terlebih tepung, ia akan keras. Jika terlebih gula ia akan melekat di kuali atau sesamanya. Apatah lagi kalau bentuk dan saiz tak sama serta rupa jemput-jemput yang berkedut-kedut. Harus, anak dara yang dinilai itu punya peluang tipis untuk jadi menantunya. Ha..ha..ini semua rujukan perbualan dengan emak kakak yang mengenangkan zaman remajanya dulu.
Baiklah, kakak kongsikan resepi Cokodok ini dan tips untuk mendapat bentuk yang bulat dan cantik.
Bahan-bahan:
8 biji pisang emas (dilecek halus. Jangan tambah air)
1 cawan tepung
2 camb. tepung beras
1/2 camt. garam
1 camb. gula
1 camt. yis kering
p/s:Kakak suka tambah yis kering berbanding soda bikarbonat atau serbuk penaik. Yis akan menaik rasa asli pisang dan menjadikannya lebih harum. Berbanding dengan agen penaik, ia akan merubah sedikit rasa pisang dan kadang kala ada rasa pahit jika tidak digaul sebati. Inilah juga rahsia mendapatkan cekodok yang betul-betul bulat. Ahaks...(aksi kenyit mata)
Cara:
Campurkan semua bahan dan gaulkan sehingga menjadi bater pekat. Panaskan minyak sehingga betul-betul panas dan perlahankan api. Jemput bater tadi dan lepaskan di tengah-tengah kuali. Guna belakang sudip untuk menguli bater di dalam kuali minyak panas dengan membuat pusingan. Angkat apabila ia kelihatan keperangan. Kaedah ini akan menjadikan jemput-jemput bulat sekata dan ranggup diluar. Ia tidak akan berkedut walaupun setelah sejuk.
Peringatan: Jangan lepaskan terlalu banyak jemput-jemput dalam satu masa, kerana ini akan menyebabkan bentuknya tidak sekata dan makan minyak kerana suhu minyak akan turun dan bater akan menyerap lebih minyak dari biasa
Wednesday, 20 January 2016
CHOCOLATE MILKSHAKE TARTLET
Cabaran satu hari satu resepi!
Nampaknya dah tersasar satu hari. Rumah kakak ada masalah air. Lepas ini kenalah kakak 'Qodho' resepi. Hurm...!
Untuk hari ini nikmati dulu Chocolate Milkshake Tartlet. Kulit tartnya rangup dan isian coklat kocak yang mencair dalam mulut. Pasti menjentik deria rasa pada hujung lidah anda.
Bahan-bahan:
Bahan untuk kulit pastri:-
- 125 gm mentega / margerin
- 60 gm gula aising
- 1 biji telur ( gred C- Kalau gred B buang sedikit putih telurnya
)
- 240 gm tepung gandum
Bahan untuk Chocolate Milkshake(inti):-
- 200 gm coklat masakan
- 50g frosty whipped cream powder
Cara:
Panaskan ketuhar pada suhu 180° C. Untuk membuat pastir manis : - pukul
mentega/marjerin dan gula aising sampai berkrim, masukkan telur, pukul lagi.
Selepas itu masukkan tepung. Gaul hingga membentuk doh. Tekankan doh tadi ke
dalam bekas tart. Tekan kedalam kemas-kemas. Trim tepinya dengan batang sudu
atau pisau. Cucuk dengan garpu pada dasar kulit tart untuk membuang gelembung angina. Bakar pada suhu 180 °C untuk 15-20 minit.
Tunggu sejuk dulu baru keluarkan daripada acuan tart. Sejukkan
Untuk isian Chocolate Milkshake
Cairkan coklat melalui kaedah double boiler. Dalam
bekas berasingan, masukkan 100ml air ais ke dalam frosty whipped cream powder
dan putar hingga pekat. Masukkan coklat yang telah dicairkan tadi dan pukul
lagi sehingga sebati. Paipkan ke dalam kulit tart dan sejukkan. Sedia untuk
dinikmati.
Sunday, 17 January 2016
DURIAN'S ECLAIR
Musim durian
hampir tiba lagi. Tak sabar rasanya nak
buat Durian’s Éclair. Bagi yang belum pernah merasainya, jangan
lupa untuk mencuba resepi ini nanti.
Bersalut
coklat di luar , lembut dan kaya dengan krim durian yang harum di dalam. Pasti menjadi kegemaran pengemar-pengemar
durian.
Masih ingat
lagi kali pertama kakak menyediakan Durian’s Éclair ni. Ada yang pelik sebab durian dan Éclair,
mungkinkah menyatu? Tapi bila dah rasa,
wah! Tak menang tangan Kak Wie menyiapkan tempahan pada masa tu(aksi
kenyit mata).
Cabaran untuk
menyediakan Durian’s Éclair ini ialah
bagaimana mahu mengekalkan kualiti rasa durian. Bereksperimen juga lah dengan
durian ini. Masa mula-mula buat, ada beberapa kali isi durian tu jadi masam. Akhirnya dapat jawapan bagaimana mahu
mengekalkan rasa asli durian agar tahan
lama dan tidak akan masam.
Isi durian
perlu dimasak sekejap dan sejukkan.
Pukul bersama-sama krim putar dan masukkan dalam bekas kedap udara. Jika
di simpan dalam ruangan dingin peti sejuk, boleh bertahan seminggu dan sebulan
jika di ruangan sejuk beku.
Bahan-Bahan:
Pastri Choux
125ml air
60g mentega
2 biji telur (gred:A)
75g tepung gandum
Secubit garam
Krim
Durian (putar sehingga kental)
½ cawan
isi durian yang telah dimasak sedikit
1 cawan
krim putar(non-dairy)
Cara:
1. Panaskan ketuhar 200 ºC.
1. Panaskan ketuhar 200 ºC.
2. Masukkan air,
garam dan mentega ke dalam periuk dan didihkan.
3. Masukkan tepung dan kacau sehingga menjadi ketulan yang
tidak melekat pada
dinding periuk.
4. Tutup api dan alihkan kepada mangkuk adunan untuk
disejukkan.
5. Setelah sejuk, masukkan telur sebiji-sebiji dan pukul
sehingga adunan menjadi bater
yang licin dan
berkilat.
6. Paipkan sepanjang 2” dengan jarak 2cm antara satu sama
lain
7. Bakar selama 15 minit.
Sejukkan. (nota: simpan bekas bertutup di dalam ruangan
dingin beku-boleh
tahan selama 1 bulan )
8. Isikan krim dan boleh celup coklat cair atau taburkan
gula ising dan hidangkan.
Selamat mencuba!
Subscribe to:
Posts (Atom)