Kenali Penulis


Pendidik / Fasilitator
Vocational Technical Manager
Traveler / Backpacker / Tour Leader
Part Time Chef
Penulis 
Blogger

Adawiyah Binti Hassan adalah pemegang Ijazah Bacelor Sains Bioindustri dari Universiti Putra Malaysia dan mempunyai sijil ikhtisas Kursus Perguruan Lepasan Ijazah(KPLI) dalam bidang Ekonomi Rumah Tangga dari Maktab Perguruan Teknik, Cheras.  Beliau memulakan kerjaya sebagai pendidik pada tahun 2001 setelah tamat pengajian di UPM(1999) dan MPT(2000). 


Anak bongsu daripada tiga beradik ini sangat meminati bidang masakan kerana semenjak darjah tiga dapur rumahnya telah menjadi makmal beliau bereksperimen dengan bahan dan rencah masakan.  Bermula dengan hasil masakan yang hanya mendapat pujian dari arwah ayahnya sendiri, sehinggalah kini air tangannya menjadi sebutan rakan taulan yang mengenali.

Perkongsian hidup bersama pasangannya, Abu Nuim Arshad dikurniakan Allah rahmat berganda berkat kesabaran 14 tahun menunggu cahaya mata. Abdurrahman Nuqman dan Abdurrahim Nuqman, kembar tidak seiras yang kini menjadi lokus kepada beliau dan suami.  Asbab anak inilah beliau merasakan perlunya ada legasi dan menulis adalah jawapan kepada itu.  Semoga segala ilmu dan kemahiran yang ada pada beliau dapat menjadi warisan, serta panduan umum. 

Siapa Adawiyah Hassan?
  • Pendidik sepenuh masa, tukang masak separuh masa
  • Penulis
  • Masih baru dalam dunia blog
  • Suka mengembara & menjelajah
  • Berkahwin &  ibu kepada kembar yang aktif
  • Berpeluang menunaikan haji pada 2010 

Kemahiran Asas

  • Menjahit
  • Memasak
  • Menulis 

Minat & Hobi

  • Mengembara
  • Mengambil gambar
  • Membaca
  • Menulis
  • Memasak
  • Menjahit
  • Berkebun
Kenapa baanakhana?
  • Daripada perkataan hindi 
  • Bhaana maksudnya buat/masak
  • Khana maksudnya makan
Untuk mengetahui lebih lanjut sila ke:

Instagram: www.instagram.com/aulianuim


No comments:

Post a Comment