Churros!
Makanan yang menjadi fenomena di media sosial sekarang ini.
Churros! Sedap dimakan panas
Alhamdulillah, dapat berkongsi rezeki dengan jiran
Ya! Ada yang
kata ini kuih belimbing asal dari
Terengganu
Tapi kalau
kita lihat pada resepi, bahan utamanya ialah tepung gandum. Pastinya ia
bukan kuih tempatan. Resepi ini mungkin hasil asimilasi makanan akibat hubungan
dagangan Tanah Melayu dengan dunia luar terutamanya China, Portugal dan
Sepanyol semenjak kurun ke-15 lagi.
Wah! Mendalam
kupasan kakak kali ini.
Churro adalah
resepi terbitan daripada pastry Choux. Adunan tepung yang dicipta oleh seorang
Chef dari Perancis. Choux dalam bahasa Perancis bermaksud kubis, kerana apabila dipaipkan dan dibakar
bentuknya bulat seakan seketul kubis. Aduan Choux boleh dipelbagaikan dan ada yang
digoreng. Kaedah goreng inilah yang dipanggil Churro.
Churro mula
disajikan oleh pengembala Sepanyol. Kebanyakan masa pengembala ini dihabiskan
di kawasan pergunungan dan churro di goreng untuk dinikmati segar dan panas bagi menggantikan bekalan roti.
Sedapnya
Churro ini apabila ia dicicah dengan coklat atau ‘butterscotch’. Hmm! Sapa tak
suka coklatkan. Biasanya Churro ini dihidangkan waktu sarapan. Tapi boleh saja
dinikmati bila-bila masa pun.
Baiklah,
marilah kita sama-sama perhatikan resepinya. Nanti boleh sediakan untuk
minum petang bersama keluarga.
BAHAN-BAHAN:
125ml air
60g mentega
2 biji telur
100g tepung gandum
Secubit garam
CARA:
1.
Satukan air, mentega dan garam. Masak
sehingga mentega larut.
2.
Perlahankan api. Masukkan tepung dan
kacau sehingga adunan tidak melekat di dinding periuk.
3.
Keluarkan dan guna senduk kayu untuk
kacau sebentar (sehingga suam).
4.
Masukkan sebiji telur dan kacau
sehinga sebati barulah dimasukkan sebiji lagi.
5.
Pukul sehinga adunan licin.
6.
Masukkan dalam beg piping yang telah
diletakkan nozel bintang.
7.
Paipkan dalam minyak yang telah
dipanaskan. Dan goreng sehingga kekuningan.
8.
Angkat dan toskan di atas kertas
tisu untuk menyerap minyak.
9.
Taburkan dengan gula ising dan
serbuk kulit kayu manis
No comments:
Post a Comment