Satu lagi siri tart
untuk koleksi resepi kalian.
Sebenarnya ini adalah
salah projek usahawan ERT untuk mengumpul dana persatuan. Anak-anak didik
kakak begitu beria-ria minta ditunjukkan demo menyediakan tart ini minggu
lepas. Tim pemasaran dah bergerak mempromosikan dan mengambil pesanan pada kawan-kawan mereka.
Sungguh teruja nampaknya anak-anak ini bila jualan mereka mendapat sambutan.
Mereka semakin galak merancang lebih banyak jualan dan mengira-ngira keuntungan
yang boleh digunakan untuk aktiviti bersama.
Betullah seperti satu
pepatah cina:
"Apabila seseorang
meminta ikan, jangan beri ikan, tetapi berilah pancing dan ajarkan dia
memancing"
Mari sama-sama buat tart
mini ini untuk kudapan keluarga, Paduan keju dan isian blueberry tidak dapat
dinafikan lagi amat menyelerakan.
Bahan:
- Bahan untuk pastri manis:-
- 125 gm mentega
- 60 gm gula aising
- 1 biji telur
- 240 gm tepung gandum
- Bahan untuk isian keju(inti):-
- 250 gm cream cheese
- 50 gm gula aising
- 1/2 sudu besar perahan lemon
- 1 biji telur
- Inti pai bluberri
Cara-cara
1.
Panaskan ketuhar pada
suhu 180 darjah celcius.
2.
Untuk membuat pastri: - Pukul mentega dan gula aising sampai berkrim. masukkan telur,
pukul lagi. Selepas itu masukkan tepung. Gaul hingga membentuk doh. Tekankan
doh tadi ke dalam bekas tart. Bakar pada suhu 180 darjah celcius untuk 15-20
minit. Tunggu sejuk dulu baru keluarkan daripada acuan tart.
3.
Untuk membuat cheese
filling: -pukul cream cheese, mentega dan gula sehingga kembang. Akhir sekali
masukkan telur dan perahan lemon, pukul lagi sehingga sebati.
4.
Masukkan kedalam piping bag dan paipkan kedalam doh tart yang sudah diisi dengan inti pai bluberri.
Hiaskan diatas dengan keju dengan inti atau pewarna dan susun diatas dulang pembakar dan
bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 10 minit ( tanda keju sudah set ialah permukaannya nampak kering sedikit )
Selamat mencuba
Nantikan lepas ni ada
satu lagi resepi tart.
Shepppard Pie Tarlet!!!