Sudah lama
kakak tidak menguli roti. Semenjak
adanya si kembar Nuqman, sudah hampir tiga tahun rasanya.
Resepi roti ini dulu kakak belajar dengan
Chef Peter Lim . Sekarang ini beliau
bekerja sebagai Chef De Partie di Four Season Hotel di Hong Kong.
Bun ini
adalah salah satu daripada variasi bun manis yang terkenal di Taiwan. Rasa lemak manis kelapa dan toffee karamel sangat
sepadan. Sesuai dinikmati bila minum
petang bersama keluarga.
BAHAN-BAHAN:
BAHAN A(gaul kering)
270g tepung protein tinggi ( tepung
roti )
7g yis
BAHAN B(gaul kering)
55g gula
3g garam
10g susu tepung
BAHAN C( campurkan, tinggalkan
sedikit untuk ‘egg wash’ )
1 biji telur
50g susu segar
120 air ais
BAHAN D
40g majerin
2 camb minyak jagung/minyak masak
KRIM KELAPA (INTI)
100g mentega
100g gula
1 biji telur
sedikit esen vanila
100g kelapa kering
sedikit pewarna
-Pukul gula dengan mentega hingga kembang. Masukkan telur dan esen vanila, pukul sehingga sebati. Masukkan dengan kelapa kering dan pewarna. Gaulkan.
(boleh tahan 1 bulan di dalam sejuk beku)
- Sedikit krim toffee ( boleh dibeli di kedai kek atau pasaraya tesco )
CARA:
1.
Campurkan bahan A dan bahan B. Masukkan bahan C sedikit demi sedikit dan
gaulkan sehingga sebati dan tidak melekat. Tinggalkan sedikit bahan C untuk dijadikan 'egg wash'.
2.
Masukkan marjerin dan uli sehingga elastik. Cubit sedikit doh dan tarik/canai nipis. Jika doh dapat diregangkan dan tidak
terkoyak, ini menunjukkan doh telah cukup elastik.
3.
Biarkan sehingga naik dua kali ganda
( 20 minit ).
4.
Canai untuk buang udara dan timbang 30g
untuk bahagikan doh. Bulat-bulatkan doh
yang dibahagikan.
5.
Leperkan doh, masukkan krim
kelapa(inti). Canaikan dan biarkan doh selama 20 minit sebelum bakar.
6.
Sapukan ‘egg wash’ sebelum
bakar. Bakar pada suhu 200°C selama
15-20 minit.
7.
Keluarkan dari ketuhar dan sapu lagi
‘egg wash’. Apabila sejuk, paipkan toffee( ke atas bun
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment