Anak-anak suka sangat
dengan pasta, terutamanya spageti. Kelmarin di Montessori auntie
mereka ada menghidangkan spageti.
Si Adik sejak dari semalam lagi mengulang-ulang permintaanya. "Umi, adik nak mee".
Si Adik sejak dari semalam lagi mengulang-ulang permintaanya.
"Kita makan nasi dulu, esok umi buatkan", kakak cuba memujuk.
Pagi tadi bila lihat stok
spageti masih ada setengah bungkus, terus mencari bahan-bahan lain untuk dipadankan dengannya. Hah!, okay, udang ada, tomato ada dan daun ketumbar pun ada. Alhamdulillah boleh jadi rezeki anak ni.
Maka terciptalah Spageti Apa Adanya.
Bahan-bahan:
½ paket spageti
2 camb minyak zaitun
1 camt garam
Sos:
4 biji tomato ranum(
celur, buang kulit dan kisar tanpa air)
1 labu bawang Holland(cincang)
3 ulas bawang putih(cincang)
6 ekor udang saiz besar(belah
dua, cuci dan toskan)
2 camb sos cili
1 genggam daun ketumbar(cincang)
½ camt herba daun basil
3 camb. mentega
Sedikit lada hitam
Sedikit paprika
Sedikit garam dan gula
Cara :
1 1.
Didihkan
air, masukkan garam dan minyak.Rebus spageti sehingga lembut.
2. Angkat, lalukan sekejap di bawah air dan toskan.
3. Perap udang dengan sedikit garam, lada hitam dan paprika
4. Panaskan mentega dan goreng sekejap udang tadi. Angkat dan ketepikan
5. Dalam baki mentega yang sama, tumis bawang Holland serta bawang putih sehingga naik bau.
6. Masukkan sos cili dan tomato yang telah dikisar. Masukkan 1 cawan air.
7. Masukkan daun basil dan masak sehingga kuah pekat sedikit.
8. Perasakan dengan garam dan gula
9. Masukkan udang , spageti dan daun ketumbar. Gaul sebati.
10. Hidangkan

No comments:
Post a Comment