Wah! Biru mata hitamku.
Roti soda. Mudah disediakan berbanding roti yis. Teksturnya tidak segebu roti yis, tapi sangat sesuai dimakan bersama sup
Sup bunga kubis. Lazatnya setanding dengan sup cendawan. Penyediaannya lebih ringkas dan cepat
Sebenarnya menu ini
adalah inspirasi untuk mengosongkan peti sejuk.
Oleh kerana hujung minggu ini kami akan bercuti panjang sempena Hari
Keputeraan Sultan Kedah, kami nak balik kampung. Maka wajiblah menghabiskan stok. Mood: Gigih
Bunga kubis masih ada
sebiji, dua batang seleri dan seikat daun bawang. Jadi porsi yang dimasak agak
banyak. Alhamdulillah, dapalah jiran kiri dan kanan merasa sedikit hasil air tangan ini.
Kiranya ini ibarat “Signature
Dish” kakak lah. (senyum lebar tetapi cuba untuk tidak kembangkan hidung).
Marilah sama-sama
perhatikan resepi ini, mana tahu di rumah anda juga masih ada bunga kubis dan
daun bawang, boleh dimasak terus untuk keluarga nikmati malam nanti.
“Sedap habag Hang”.
Cubalah ya!
Roti Soda Savori
Bahan-Bahan;
resepi roti soda irish sedap senang
- 2 Cawan
Tepung
- 1/3 Cawan
bawang merah (dipotong nipis dan digoreng)
- 1 ikat
daun bawang
- 1 Sudu
Besar mentega(Cairkan)
- 1 Sudu
Besar Cuka
- 1 Cawan
Susu
- Secubit
Garam
- 1 Sudu
Teh Baking Powder
- 1 Sudu
Teh Soda Bikarbonat
Cara:
resepi roti soda irish sedap senang
1.
Campurkan cuka kedalam susu dan biarkannya menjadi pekat seperti buttermilk.
2.
Masukkan tepung, bawang goreng, daun bawang, soda, baking powder, mentega, gula
dan garam, kacau rata.
3. Masukkan
buttermilk kedalamnya dan gaul sebati hingga menjadi doh yang melekit.
4. Ambil
sedikit tepung dan ditabur atas loyang. Doh tadi dibahagi empat dan
bentukkan
5.
Letakkan doh diatas loyang dan potong sedikit diatasnya.
6. Bakar
pada suhu 190 celcius selama 30-40 minit.
7. Untuk adunan ini boleh dapat 4 biji roti saiz subway.
Sup Bunga Kubis
Bahan-bahan:
·
1 biji kubis bunga ( dipotong sederhana besar )
·
1 biji bawang
Holland ( dipotong sederhana besar )
·
2 batang seleri ( dipotong sederhana besar )
·
1 helai daun salam( bay
leaf )
·
125ml krim
·
Stok Ayam
·
Garam secukup rasa
·
Sedikit serbuk paprika
Cara:
1. Rebus bahan-bahan yang dipotong dengan stok ayam sehingga masak.
2. Kemudian sejukkan seketika dan kisar bersama air rebusan tadi
sehingga sebati. Seterusnya tapis bahan kisar dan masukkan ke
dalam periuk yang lain.
3. Didihkan dengan api sederhana dan masukkan daun salam. Masukkan
garam secukupnya dan masak hingga mendidih.
4. Akhir sekali, masukkan krim dan dikacau rata. Angkat, taburkan
serbuk paprika dan sedia dihidangkan.